SELAMAT DATANG
" bila kita keseorangan bukan kita tak berteman , bukan jua kita bersendirian tapi akal yang sejengkal itu teman , ilmu di dada itu kawan, iman yang kukuh itulah sahabat "
Salam Ukhuwah Fillah..Orang yang berfikiran positif adalah orang yg nampak peluang di dalam masalah..tetapi org yang berfikiran negatif adalah mereka yang nampak masalah dlm satu peluang







al_falah79



--LaGU kU UnTuK MU--


--LInK UkhUwAh--

zunnurain

zulpahang

Doubleliew Web Blogz



--TaKwIm--



--sEMbaNg UkhUwAh--









Name

Email

URI

Msg








--HaRgAI laH MaSa--

--WaKtU MalAySiA--

"Hai umat Muhammad, demi Allah, tak ada satupun yang lebih pencemburu dari Allah ketika ada seorang hamba-Nya yang laki-laki atau perempuan berbuat zina. Hai ummat Muhammad, demi Allah, sekiranya kalian mengetahui seperti apa yang aku ketahui, tentu kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” Kemudian beliau mengangkat kedua tangannya seraya berkata , “Ya Allah, bukankah aku sudah sampaikan?” " (HR. Bukhari dan Muslim).




--AnDa PeNguNjUng Ke--




--TeRiMa KaSiH--

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



Hubungi Saya


:: Web KengKawan ::




Komuniti PHP-Nuke Malaysia Jiwang.Org

KedahOnlineDOTnet altrojo punya blog

MatNet Mopikos

Official PHP-Nuke Site shanot blogdrive.com

WanMoron Stador

rojak.org Stador

Buttet Blogger Sha|

Madfozi MHR 



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Saturday, January 20, 2007
selamat menyambut maal hijrah 1428H


Posted at 03:54 pm by al_falah79
Comment (1)  

Monday, February 27, 2006
Hati

assalamualaikum...

" kekadang manusia alfa dgn nikmat duniawi..kenapa harus bersedih dgn perpisahan yg hanya sementara..kenapa haru temenung dgn apa yg telah berlaku..sedartla wahai sahabat dan sedar la dari lamunanmu..jgnmudah terleka dgn godaan syaitan yg hanya mahu manusia lalai dgn kenikmatan dunia yg hanya sementara..bergerak la dan teruskan la usaha mu mencari keredahan Alllah dalm apa jua perkara yg kita lakukan..sahabat pepisahan sesama manusia bukan bererti ia berakhirla kehidupan kita utk setakat ini..jadikan la ia satu pembakar semngat utk terus maju kehadapan...kekdg sedih melihat kenapa ia terjadi kepada seorg sahabat yg dulunya kuat tapi boleh tewas dgn masalah yg hanya sebsar zarah di pandangan Allah..sahabat ku ..teruskan dgn perjunganmu yg perna kamu lafazkan ikrar janji...teruskan maju kehadapan..semoga kita adalah di antar insan yg mendapat rahmat dan hidayahNya..amin ya rabb"


Posted at 05:39 pm by al_falah79
Make a comment  

Tazkirah

Assalamualaikum..
MENGENAI WANITA & KUBUR

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada  Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
 
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya  1,000 kejahatan.
 
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak  bersalin, maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
 
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.
 
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
 
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara  anaknya yang sakit,maka Allah memberinya pahala seperti  memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
 
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan  orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
 
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari  pasar ke rumah) lalu
diberikan kepada keluarganya, maka  pahalanya seperti  bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka,barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
 
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
 
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa  bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
 
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
 
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,  "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
 
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang  ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
 
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung diudara,malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
 
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
 
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
 
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
 
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau  tiga saudara  perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia  bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan  penuh rasa takwa
serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
 
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu  daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang  membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih
rendah.
 
Wallahu A'lam...
 
*** Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama.***

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).
 
Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
 
1.  Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak
mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan
tak gemuk.
 
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya
InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
 
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.
 
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
 
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenisFw Tips Penjagaan Kesihatan.ems alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
 
Wassalam...



Posted at 05:35 pm by al_falah79
Make a comment  

Thursday, February 23, 2006
Assalamualaikum.

   Bersyukur kehadrat Allah swt kerana dengan hidayah Nya dapat la ana melakarkan serba sedikit kata-kata ..semoga kita tetap dlm kehidupan islam yg hakiki ...manusia tidak lari dari melakukan kesilapan ...oleh yg demikian jgn la mudah melatah dalam apa jua masalah yg kita hadapi,,,kekedg mungkin masalah itu satu ujian kepada kita yg sentiasa leka dgn kenikmatan dunia...manusia mudah alfa dgn apa yg dia perolehi dengan kenikmatan dunia yg hanya sementara,,,,ingat la ALlah tidak akan menimpa umatnya dgn masalah yg ia tidak mampu tanggungnya...namun berdoa la semoga kita tidak mudah patah semangat dgn mehnah dan tribulasi yg menimpa diri..

   ikhlaskan la diri kita dgn perkerjaan yg kita lakukan sehari2 ikhlas kerana Allah swt..jgn mudah mengeluh ..kerana ianya hanya mematah semangat kita untuk terus hebat dalam bidang yg kita ceburi ...jgn salah kan org yg salahkan diri kita ..namum muhasaabah diri itu lebih penting dari segala2...

   semoga kita tetap menjadi insan yg soleh dan terus menambah kualiti dalam ibadah kita ...jgn leka dan sentiasa la berzikir ....kerana ianya memberi ketenangan dalam diri kita ..insyallah amin ...salam ukhuwah fillah...


Posted at 08:27 am by al_falah79
Make a comment  

Wednesday, October 12, 2005
Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir!

1.Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah
3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4.Bantu mendidik seorang anak.
5.Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu,anda dapat hasanah.
6.Berkongsi CD Quran atau Do'a.
7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

Posted at 05:13 am by al_falah79
Make a comment  

Tuesday, October 11, 2005
SELAMAT BERPUASA

"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Posted at 05:08 am by al_falah79
Make a comment  

Monday, October 10, 2005
SALAM RAMADHAN


Posted at 10:33 am by al_falah79
Make a comment  

Monday, September 26, 2005
Pahitnya Mata Dunia Kerana Manisnya Syurga Tuhan

Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satupun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda selalunya berkat bantuan orang lain.

Seorang sufi bermadah,"Adakalanya kesalahan membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu.. boleh mendatangkan sombong diri.. olih itu tidakkah beruntong mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu".

Nabi s.a.w. bersabda,"Seutama utama perjuangan sesaorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya".

Kata pemikir Islam,"Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya ..sebab itu tidak di terimanya".

Ulamak mursyid berkata,"Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan".

Istimewa jiwa pengasih.Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat".

Saling mencintai.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. makaseluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam".

Nabi s.a.w. bersabda,
"Jagalah dirimu dari api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata yang baik".

Seorang hamba Allah berkata,"Ibadat itu laksana perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat {bersunyi sunyian)..modalnya taqwa ..sedangkan keuntungannya adalah syurga".

Segalanya dari syahwat.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hak itu berat dan pahit sedangkan batil itu rengan dan manis. Adakalanya suatu syahwat menyebabkan dukacita yang abadi".

Kalau hati itu bersih.
Seorang ulamak berkata,
"Pandangan mata selalu menimpa..pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati lah yang hakiki.. kalau hati itu bersih".

Wanita syurga bercahaya.
Rasulullah s.a.w. bersabda
,
"Kalau seandainya seoran wanita itu penghuni syurga datang ke bumi.. nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang".

Pohon syurga.
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon dimana orang berkenderaan berjalan dibawah naungannya selama satu tahun belum sampai melepasinya".

Seorang soleh berkata,"Sesiapa tidak ada ilmu dan sesiapa tidak ada agama dan sesiapa tidak ada sifat warak bererti dia tidak dekat dengan Tuhannya".

Sejahat jahat musuh.
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk engkau".

Balaslah jasa orang.
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balasilah dia ..jika kamu tiada apa apa balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya".

Kematian kekasih.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".

Tegas demi kebenaran.
Nabi s.a.w. bersabda,
"Janganlah sekali kali wibawa manusia itu melarang sesaorang untuk mengatakan yang hak apabila dia telah mengetahuinya atau menyaksikannya atau mendengarnya".

Istimewa sembahyang malam.
Nabi s.a.w. bersabda
,
"Biasakanlah sembahyang malam sebab ia kebiasaan orang solehin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kanu dari dosa dan menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan".

Kau kira kau bijak?
Seorang soleh mengingatkan,
"Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. padahal kau lah yang paling bodoh kerana tidak tahu ilmu akhirat".

Manisnya iman.
Seorang ulamak berkata,
"Orang yang mengenal Allah dengan ilmu seperti seorang yang mengenal gula tetai belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering merasa kemaisannya".

Amalan Islam terbaik.
Seorang lelaki bertanya,
"Manakah amalan Islam yang terbaik??"
Nabi s.a.w. menjawab,
"Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal mahupun kepada orang yang tidak dikenal".

Kejelitaan akan pudar.
Seorang ulamak berkata,

"Kemudaan akan hilang.. kecantikan akan pudar.. kekuatan akan lemah..tua akan datang.. kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan??".

Mata yang beku.Rasulullah bersabda,"Ada empat perkara yang membawa celaka..iaitu mata yang beku{taksudi mengeluarkan air mata) kesat hati.. pangang angan angan dan tergoda olih dunia".

Jika engkau mahukan kemesraan.
Seorang bijak pandai Islam berkata,

"Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah.. maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA".

Jangan cakap banyak.
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Tinggalkan bicara berlebehan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan hajatmu".

Kata pemikir Islam,
"Gunong yang tinggi tidak bolih menakung air.. tetapi lembah yang rendah bolih menjadi tasik yang saujana luasnya.. ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".

<b>Belajar dengan buku.Seorang ulama berkata,"Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman ..orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".

Fikiran bak mutiara.
Seorang ulama berkata,
"Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin olih jiwa.. hasilnya fikirannya bak mutiara".

Istimewa diam.Nabi s.a.w. bersabda,
"Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikkan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik".

Jika Allah kasih.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".



--------------------------------------------------------------------------------

Posted at 03:41 pm by al_falah79
Make a comment  

Thursday, September 15, 2005
Assalamualaikum

Rasullulah saw bersabda : Tidak ada seorang anak yang baik, yang menatap wajah ibu bapanya dengan perasaan cinta dan kasih sayang kecuali diberi ganjaran sepertimana org yang menunaikan haji mabrur. Sahabat bertanya, bagaimana jika setiap hari dia memandang 100 kali? Rasullullah bersabda, "Dia akan mendapat 100 kali ganjaran haji mabrur."

Posted at 08:18 pm by al_falah79
Make a comment  

Wednesday, August 31, 2005
INFO untuk para muslimah

Assalamualaikum...
SEBAIK-BAIK WANITA

Wanita solehah adalah baik akhlaknya serta menjalani
segala yang diperintah Allah SWT. Sifat-sifat wanita
solehah adalah seperti :

1. TIDAK BANYAK MEMANDANG KEPADA LELAKI
"Imam Ghazali mengatakan bahawa wanita yang paling
cantik adalah yang baik akhlaknya, cantik wajahnya
(fizikalnya), mencintai suaminya, tidak banyak
memandang kepada lelaki lain"

2.MURAH MAHARNYA

" Emas kahwin wanita yang menepati ciri-ciri solehah
adalah ringan dan murah. Sabda Nabi SAW,:"Wanita yang
terbaik ialah tercantik mukanya dan yang termurah
maharnya."(H.R. Ibnu Hibban)

3. MELAHIRKAN ANAK

" Mengahwini wanita yang ramai melahirkan anak
digalakkan sebagaimana sabda Nabi SAW,: 'Hendaklah
kamu mengahwini wanita yang banyak melahirkan anak dan
yang mencintai suaminya' (H.R.Abu Daud dan An-Nasa'i).
Kalau wanita itu keadannya belum diketahui, maka
hendaklah diperhatikan dari segi kesihatan dan
kemudaannya. Kerana bila dua sifat itu ada, biasanya
wanita itu boleh melahirkan ramai anak"

4. MENGAHWINI GADIS ATAU PERAWAN.


" Nabi menggalakkan umatnya agar terlebih dahulu
mengahwini gadis atau perawan. Nabi pernah bersabda
kepada Jabir, di mana Jabir mengahwini seorang janda
:' Mengapa engkau tidak mengahwini seorang gadis,
supaya engkau bersenda gurau dengan dia dan dia
bersenda gurau dengan engkau.' "

5.WANITA YANG BERADAB DAN BERBUDAYA.

" Wanita itu hendaklah yang berbudaya ataupun
berpegang kuat kepada tradisi adat yang benar kerana
ia akan mendidik anak-anaknya dengan cara yang benar.
Kalau ia sendiri tidak beradab dan berbudaya, nescaya
tidak akan pandai mendidik anak-anaknya."

6. JAUHI KAHWIN DENGAN KERABAT YANG TERDEKAT

" Rasulullah SAW menganjurkan agar tidak mengahwini
keluarga yang terdekat kerana yang demikian itu
mengurangkan nafsu syahwat. Nabi SAW bersabda :
'Janganlah engkau kahwini kerabat yang dekat, kerana
anakmu nanti akan menjadi kurus' Syahwat itu akan
bangkit dengan memandang dan menyentuh. Sedangkan
kekuatan syahwat itu apabila ia memandang sesuatu yang
berlainan dari yang biasa nampak. Adapun dari kerabat
dekat, yang ia biasanya nampak, adalah melemahkan
perasaan dan syahwat."


INGATI ALLAH SWT HATI AKAN TENANG....

Posted at 04:35 pm by al_falah79
Make a comment  

Next Page