SELAMAT DATANG
" bila kita keseorangan bukan kita tak berteman , bukan jua kita bersendirian tapi akal yang sejengkal itu teman , ilmu di dada itu kawan, iman yang kukuh itulah sahabat "
Salam Ukhuwah Fillah..Orang yang berfikiran positif adalah orang yg nampak peluang di dalam masalah..tetapi org yang berfikiran negatif adalah mereka yang nampak masalah dlm satu peluang







al_falah79



--LaGU kU UnTuK MU--


--LInK UkhUwAh--

zunnurain

zulpahang

Doubleliew Web Blogz



--TaKwIm--



--sEMbaNg UkhUwAh--









Name

Email

URI

Msg








--HaRgAI laH MaSa--

--WaKtU MalAySiA--

"Hai umat Muhammad, demi Allah, tak ada satupun yang lebih pencemburu dari Allah ketika ada seorang hamba-Nya yang laki-laki atau perempuan berbuat zina. Hai ummat Muhammad, demi Allah, sekiranya kalian mengetahui seperti apa yang aku ketahui, tentu kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” Kemudian beliau mengangkat kedua tangannya seraya berkata , “Ya Allah, bukankah aku sudah sampaikan?” " (HR. Bukhari dan Muslim).




--AnDa PeNguNjUng Ke--




--TeRiMa KaSiH--

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



Hubungi Saya


:: Web KengKawan ::




Komuniti PHP-Nuke Malaysia Jiwang.Org

KedahOnlineDOTnet altrojo punya blog

MatNet Mopikos

Official PHP-Nuke Site shanot blogdrive.com

WanMoron Stador

rojak.org Stador

Buttet Blogger Sha|

Madfozi MHR 



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed
Tuesday, August 16, 2005
Tip utk kurangkan rasa marah

1) ambil ambil sembahyang - sebab sifat air ini
menyejukkan , ia akan menyejukan badan anda

2) buat solat sunat

3)Kalau berdiri, cuba duduk

4) Kalau duduk, cuba baring

5)Imagine perasaan marah itu turun drp badan ,
mengalir melalui kaki nak masuk ke bumi - teknik
grounding

6) Amalkan amalan pernafasan, meditasi, visualization,
guided imaginery, kalau amal reiki - salur reiki kat badan

Posted at 12:55 pm by al_falah79
Make a comment  

Saje-saje

ASMAWATI
A is for Animated
S is for Swanky
M is for Marvelous
A is for Alluring
W is for Whimsical
A is for Artistic
T is for Tough
I is for Industrious

Posted at 11:29 am by al_falah79
Make a comment  

Sunday, August 14, 2005
PERFUME OH PERFUME...WAJIB BACA

noy (23035) - 8/11/2005 1:12:34 PM/218.111.42.145

Assalamualaikum

Saya ingin memperkukuhkan maklumat yang sahih tentang persoalan perfume yang saya sendiri selidiki secara kebetulan. Semasa saya mengikuti pengajian di Kalamazoo, U.S. saya terbaca dalam satu encyclopedia yang mengandungi maklumat tentang perfume dan proses
pembuatannya. Alangkah terperanjatnya saya apabila mengetahui bahawa balang besar
yang digunakan untuk memerapkan minyak disaluti dengan lard (lemak babi) bagi tujuan emastikan seperti yang dinyatakan dalam mel-e yang terdahulu. Saya terus mencari maklumat tentang perfume dalam hampir all the encyclopedias that I could get hold of at the Waldo Library in Kalamazoo. Kesemua encyclopedia yang telah saya baca memberi maklumat yang sama. Semenjak itu saya tidak pernah membeli perfume dari barat. Setiap
kali saya ke tanah suci saya membeli berbotol-botol minyak wangi seribu bunga. Saya juga pesan keluarga atau rakan yan! g ke tanah suci untuk membelikannya.

Sehubungan dengan perkara perfume, para penceramah ada menyentuh soal
pemakaian minyak wangi dan lazimnya isu yang ditimbulkan adalah soal haram/halal emakainya. Sedikitpun tidak disentuh tentang halal/haram minyak wangi itu sendiri.
Di satu ceramah yang saya hadiri semasa di PTSL, walaupun penceramah yang hadir seorang yang terkenal, saya beranikan diri untuk mendedahkan bahawa persoalan tentang perfume yang lebih serius adalah soal kesucian bahan itu sendiri. Penceramah tersebut terkejut tetapi beliau turut setuju dengan bukti yang telah diberi dan menyeru semua yang hadirsupaya elakkan daripada memakai minyak buatan barat.

Satu perkara lagi tentang perfume. Jangan pakai perfume sehinggaapabila dibau oleh lelaki selain muhrim kita, ia ibarat.....Waallahu'alam.
.........................................................................

Setakat mana kebenarannya... wallahhualam.. Hampir setahun yg lalu, apabila saya mendapat! maklumat ini saya merasakan ujian Allah yang datang pd saya umpama batu besar yg perlu dipikul sehinggalah sampai ke destinasi yang saya sendiri tak tahu.
Pendek kata jika maklumat ini tidak disampaikan, selama itulah bebanan ke atas diri saya memikul' batu besar' itu akan terus menerus saya pikul. Saya manusia yg begitu lemah iman, tidak mampu menegah dgn perbuatan serta pertuturan. Hanya doa yg termampu dilakukan. Namun saya masih tak gembira dgn sikap saya krn tidak berusaha bersungguh
mencegahnya.

Maka, saya rasa sekarang Allah berikan saya lorong pertuturan mengajak rakan-rakan yang dirahmati Allah meninggalkan sesuatu yg selama ini kita jahil mengenainya...

Ceritanya begini...
Sewaktu mengikuti rombongan Puspanita ke Indonesia bersama kumpulan isteri-isteri orang kenamaan termasuklah Puan Seri dan beberapa orang Datin, kami transit di Singapura dlm perjln balik, sewaktu di duty free shop sambil berjalan bersama seorang Datin, kami
melalui kedai perfume. Ramai ahli-ahli biasa Puspanita dan lain-lain Datin serta Puan Seri singgah dan mencuba berbagai jenis perfume yg ada. Memang agak lumrah perkara ini berlaku dan ia bukan setakat di kalangan wanita malahan kaum lelaki juga. Tiba-tiba seorang
Datin bersuara kpd kumpulan 'pembel! i' perfume ini... "dengar ni nak cerita" katanya. "Dulu
saya suka pakai minyak-minyak wangi begini dan buat koleksi hampir semua
jenis jenama perfume buatan luar negara. Satu hari saya ikut Datuk melawat Europe dan kami dibawa ke kilang membuat minyak wangi. Dalam kilang yang begitu besar
itu, bermacam-macam jenama minyak wangi dipersembahkan kpd rombongan kami
dgn harga kilang yg jauh lebih murah berbanding dgn harga di pasaran.

Sampai pd satu peringkat pembuatan, kami melalui kawasan di mana terdapat tangki-tangki besar berisi bendalir putih yg dicampurkan ke hasil akhir iaitu minyak wangi tadi. Saya pun tanyalah pekerja kilang itu apa bendalir putih tu dan untuk apa kegunaannya?"
Jawapnya.. "Oooh! That's lard, and it helps the smell stays longer".

Datin itu bertanya lagi dalam nada terkejut dan wajah selamba, "you mean you add lard in all types of perfume?" "Oh yes! Or else the odour will not last." Cukup setakat itu cerita saya ! kpd sahabat sekelian. Dipendekkan cerita, Saya menyeru kpd rakan2 Muslim
sekelian, bhw semua jenama pewangi import ada mengandungi minyak babi.
Marilah kita semua berhenti dari menggunakan barangan tersebut. Ramai
rakan-rakan kita yg mengunjungi tanah suci Makkah dan Madinah dan di sana banyak terdapat minyak wangi yg tak dicampurkan dgn bahan dari babi.
Di negara Egypt yg merupakan negara pengeluar minyak wangi terbesar dari kalangan negara-negara Islam, bermacam2 perfume boleh didapati dan barang tersebut juga boleh diperolehi di Malaysia. Kita hanya perlu bertanya negara asal pembuat perfume itu.

Ujian Allah ada kalanya begitu ringan dan mudah.... berhentilah menggunakan minyak wangi jenama Barat... itu sahaja. Namun ia memerlukan kekuatan iman yg jati utk mengubah diri kita ke arah keredhaan Allah. Wallahu'alam.

copy n paste daripada
Musalmah Ali

Posted at 08:29 am by al_falah79
Make a comment  

Thursday, August 11, 2005
Renungan

FIRMAN ALLAH SWT : Terjemahannya : Hampir-hampir
langit itu pecah dari sebelah atasnya (karena
kebesaran Tuhan) dan malaikat-malaikat bertasbih
memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang yang ada
di bumi. Ingatlah bahwa sesungguhnya Allah Dialah yang
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Asy Syura : 5)


Langit berserta isinya sungguh takut pada Allah karena
kebesaran-Nya, sebab itu langit seperti menangis. Dan
malaikat-malaikat tidak berhenti-henti menghambakan
diri untuk memuji Allah dan mendoakan keselamatan
manusia di bumi.

Sedangkan makhluk-makhluk bumi hanya sebagian kecil
saja yang menyadari kebesaran kerajaan langit lalu
turut mengabdikan diri sebagai penyerahan total pada
Allah SWT. Mereka itu sangat membesarkan Allah dalam
setiap tindakan mereka. Imam Bukhari misalnya telah
mengungkapkan rasa kehambaannya pada Allah SWT dalam
sajaknya. Rintihannya lebih kurang begini :

Di kala malam yang sunyi sepi
sedang bani insan tenggelam dalam tidur dan mimpi,
musafir yang malang ini tersentak bangun
pergi membasuh diri
untuk datang mengadap-Mu Tuhan.
Lemah lutut berdiri di hadapanMu
sedu-sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah serta hina ini
Engkau terima juga mendekat
bersimpuh di bawah Duli Kebesaran.

Tuhan,
hamba tidak tahu pasti
bagaimana penerimaanMu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini.
Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Engkau berjanji untuk sedia menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan.
Dan Muhammad RasulMu yang mulia itu
pernah mengatakan:
"Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan".
Hamba percaya pada tutur kepastian itu
Sebab itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu padaMu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah, maghfirah dan muthmainnah.

Demikianlah bila hati sudah kembali kepada fitrahnya,
maka manusia menjadi makhluk yang paling sempurna
(insaanul kamil). Tetapi alangkah ruginya karena tidak
semua manusia memilih jalan itu.

Di akhir zaman ini rasa kehambaan dalam hati
hamba-hamba Allah sudah sangat kurang. Hati mereka
jadi keras seperti batu.

Allah menggambarkan hal itu dengan firman-Nya :
Terjemahannya : Kemudian setelah itu hati kamu menjadi
keras seperti batu atau lebih keras lagi. Padahal di
antara batu-batu itu ada yang terpancar mata air lalu
mengalir dan sesungguhnya sebagian dari batu itu ada
yang retak dan pecah lalu keluar air dari dalamnya.
Dan ada pula batu yang jatuh meluncur karena takut
kepada Allah. Dan tidaklah Allah lalai terhadap apa
yang kamu kerjakan. (Al Baqarah : 74)

Mereka bukan lagi memuja Allah tetapi memuja diri
(nafsu) sendiri. Allah SWT tidak dibesarkan dengan
selayaknya. Dan syariat Tuhan lahir maupun batin
dijadikan bahan gurauan dan mainan mereka semata-mata.

Tetapi selamat dan bahagiakah hidup mereka?

Damaikah negara mereka?

Amankah masyarakat mereka?

Tenangkah rumah tangga mereka?

Lapangkah dada mereka?

Puaskah nafsu mereka?

Dan di manakah syurga dunia yang mereka impi-impikan?

Hidup di tengah-tengah gelombang nafsu ego dan rakus,
hasad dengki, gila dunia, dendam, bakhil, riya', ujub
dan 1001 macam lagi kejahatan lahir dan batin. Manusia
bukan saja tidak dapat memberi ketenangan pada
masyarakat sekitarnya bahkan diri dan keluarga sendiri
pun gagal mereka letakkan dalam keadaan tenang.
Kuman-kuman hasad dengki, takabur, gila dunia, bakhil,
riya' dan lain-lain itu penuh mengerumuni hati mereka.
Hal tersebut makin memusnahkan kemurnian rasa
kemanusiaan dan pasti tidak akan membiarkan hati
manusia itu dalam keadaan tenang dan tentram.
Kejahatan-kejahatan itu akan senantiasa menggigit hati
nurani manusia hingga hati itu selalu sakit.

Sudah kaya tidak puas apalagi kalau miskin. Sudah
mempunyai pengikut tidak puas apalagi kalau sendirian.
Sudah sehat tidak puas apalagi kalau sakit. Sudah
disanjung tidak puas apalagi kalau dihina.

Di dalam kubur nanti kuman-kuman itu akan menjelma
menjadi ular dan kalajengking yang menggigit dan
mengunyah sekujur tubuh manusia. Sampai di Akhirat
mereka akan menyerupai api yang akan membakar dan
melumatkan lahir dan batin manusia.

Ketenangan hati hanya akan diperoleh dengan mengakui
kehambaan, kekurangan dan kelemahan ke hadirat Allah
yang Maha Tinggi. Mengaku berdosa lahir dan batin,
takut dengan kebesaran, kekuasaan dan hukum-hukum
Allah, mengharapkan kebahagiaan Akhirat dengan
melupakan penderitaan di dunia, berkasih sayang sesama
manusia, zuhud terhadap dunia, ikhlas beramal
semata-mata karena Allah dan lain-lain rasa hati yang
telah saya uraikan sebelum ini.

Kebahagiaan di dunia ini adalah ketenangan hati. Dan
hati yang tenang adalah hati yang selamat dari
kejahatan-kejahatan. Bila hati selamat, barulah
manusia akan dipanggil Allah untuk menikmati kebagiaan
abadi dalam Syurga Jannatun Naim.

Firman Allah SWT : Terjemahannya : Pada hari manusia
meninggalkan dunia ini tidak berguna harta dan
anak-anak, kecuali mereka yang datang menghadap Allah
membawa hati yang selamat. (Asy Syuara: 88-89)


Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita taufik dan
hidayah untuk memperoleh hati yang selamat sebagaimana
yang Dia maksudkan. Amin.



Posted at 05:39 am by al_falah79
Make a comment  

Monday, August 01, 2005
SAMBUT SUAMI DI MUKA PINTU



Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.

Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.

Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman.Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:

"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan.Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.

Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua.Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih.Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.

Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya.

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah saw, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaQwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi:

"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.

Posted at 04:01 pm by al_falah79
Make a comment  

Adab-Adab Menguap

1. Apabila seseorang akan menguap, maka hendaknya menahan semampunya dengan jalan menahan mulutnya serta mempertahankannya agar dan jangan sampai terbuka luas, hal ini berdasarkan sabda Rasulullah:

“Kuapan (menguap) itu datangnya dari syaitan. Jika salah seorang di antara kalian ada yang menguap, maka hendaklah ia menahan semampunya”

(HR. Al-Bukhari no.6226 dan Muslim no.2944)



Apabila tidak mampu menahan, maka tutuplah mulutnya dengan meletakan tangannya pada mulutnya, hal ini berdasarkan sabda Rasulullah:

“Apabila salah seorang diantara kalian menguap maka hendaklah menutup mulut dengan tangannya karena syeitan akan masuk (ke dalam mulut yang terbuka)”. (HR. Muslim no.2995 (57) dan Abu Dawud no.5026)
br>2. Tidak disyariatkan untuk meminta perlindungan dari syaitan kepada Allah ketika menguap, karena hal tersebut tidak ada contohnya dari Rasulullah, tidak pula dari Sahabatnya

Posted at 03:17 pm by al_falah79
Make a comment  

Friday, July 22, 2005
Kriteria isteri idaman adalah:

Kriteria isteri idaman adalah:
1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.
2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.
3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.
4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.
5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...

Posted at 01:41 pm by al_falah79
Make a comment  

Tuesday, July 19, 2005
HAri ini adalah yang terbaik dari semalam

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu
petunjuk dan jalan selamat dan arang siapa yang
tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat
itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi
petunjuk dan jalan selamat baginya".
Rasulullah saw juga telah bersabda yang
bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima
oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa
membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak
mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa
meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang
yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa
izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya
marah/menegur kepadanya lalu si isteri
memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim
serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya
dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan
daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar,
maka sesungguhnya solatnya itu hanya
menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh
dari Allah SWT."

Posted at 06:55 am by al_falah79
Make a comment  

Monday, July 18, 2005
10 PRINSIP HIDUP.


1- Mulut manis sedikit
2- Otak cergas sedikit
3- Tindakan cepat sedikit
4- Kerja efektif sedikit
5- Alasan kurang sedikit
6- Marah kurang sedikit
7- Hati tenag sedikit
8- Percakapan halus sedikit
9- Kasih saying lebih sedikit
10- Muka riang sedikit

Posted at 05:31 am by al_falah79
Make a comment  

Sunday, July 17, 2005
bacalah

“Allah berfirman kepada para Malaikat yg bertugas membahagi-bahagikan rezeki anak Adam: Bila kalian bertemu dgn hamba-KU yg bercita2 hanya satu (redha Allah), maka jaminkanlah rezekinya kpd langit dan bumi. Bila kalian menemui hamba- KU yg mencari rezekinya secara adil, maka baikkanlah dan mudahkanlah rezekinya. TETAPI bila ia melampaui batas yg demikian itu, maka biarkanlah ia mengejar apa yg dikehendakinya, kerana ia tidak akan beroleh di atas apa yg Aku tentukan juga!” (riwayat Abu Nuaim dari Abu Hurairah) - dari buku Himpunan Hadith-hadith Qudsi.

Posted at 10:59 am by al_falah79
Make a comment  

Previous Page Next Page